
PERBEZAAN SISTEM MUAMALAT ISLAM DENGAN KONVENSIONAL
SISTEM ISLAM | SISTEM KONVENSIONAL |
Tujuan kerana Allah SWT iaitu konsep ta’awwun. | Tujuan utama ialah mengejar keuntungan iaitu kapitalis dan sosial. |
Tiada unsur riba dan penindasan . | Berasaskan sistem riba dan penindasan. |
Berpandukan syariat Islam dalam semua urusan. | Mengabaikan tanggungjawab sosial. |
Harta sebagai sarana untuk mendekatkan diri kepada Allah. | Pengumpulan harta adalah matlamat hidup. |
Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan para ulama’. | Aspek asas adalah berdasarkan keuntungan. |
Penggunaan riba di mana riba sebagai keuntungan kepada modal asal wang tidak dibenarkan sama sekali (perbankan tanpa faedah) | Bersumberkan kepada sistem ekonomi riba. |
Sistem perbankan Islam adalah pengguna sebenar tabungan. | (pencipta terbilang) iaitu penawaran wang ataupun erti kata lain, pencipta utama tekanan inflasi. |
Konsep jual beli dalam mendapatkan keuntungan. | Konsep pinjaman atau hutang secara konvensional dalam menjalankan perniagaan mereka. |
PERBEZAAN SISTEM MUNAKAHAT ISLAM BERBANDING KONVENSIONAL
ISLAM
|
KONVENSIONAL
|
MERISIK
ü Wanita itu bebas dari sebarang halangan yang boleh menyekatnya dari berlakunya perkahwinan ketika dipinang.
ü Hukum syariat islam: berharta , keturunan yang baik, mempunyai paras rupa yang baik , beragama |
MERISIK
ü Pantun untuk merisik mula diperdengarkan oleh wakil dari pihak lelaki.
ü Pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan.
ü Jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. |
MEMINANG ü Islam mengharuskan dua acara peminangan iaitu sama ada menghantar wakil atau meminang sendiri. ü Peminangan dalam islam adalah merupakan satu adat untuk mencari dan mendapat persetujuan seorang wanita untuk dikahwini. |
MEMINANG
ü Penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. ü Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebntuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian. ü Selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan dan paling utama dan dianggap sacral, sirih junjung. ü Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. ü Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oelh ibu/saudara pihak lelaki. ü Maka, pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran ntuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. |
AKAD NIKAH
ü Menepati rukun nikah berdasarkan Syariah Islam:
1) Calon suami
2) Calon isteri
3) Wali
4) Dua orang saksi
5) Lafaz ijab dan Kabul
ü Islam mewajibkan pembayaran mas kahwin dari bakal suami kepada bakal isteri. ü Mas kahwin yang diwajibkan itu tidak terbatas nilainya mengikut kemampuan dan kadar bayaran mas kahwin di seluruh negeri di Malaysia. |
AKAD NIKAH
ü Majlis ini kebiasannya akan dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. ü Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. ü Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. ü Ijab dan Kabul berlangsung. ü Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air solat. |
MAJLIS PERSANDINGAN ü Harus jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup ( di hadapan keluarga terdekat/mahram ) ü Menjadi haram kerana mendedahkan wanita itu kepada orang ramai seakan-akan pertunjukan dan pemeragaannya yang ternyata bertentangan dengan Islam (bersolek). ü Persandingan lazimnya melibatkan perbelanjaan besar yang sudah pasti berupa pembaziran yang dilarang oleh Allah juga. |
MAJLIS PERSANDINGAN
ü Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. ü Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli iaitu bertengkolok,berbengkokdan berkeris akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki. ü Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit. ü Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah. ü Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari. ü Setelah itu majlis diteruskan dengan adat merenjis atau menepung tawar pengantin. ü Setelah selesai merenjis pengantin, perenjis akan diberi bunga telur sebagai penghargaan terima kasih. |
WALIMATUL URUS
ü Mengadakan upacara walimatul urus secara sederhana. ü Menjemput tetamu ke majlis walimah itu adalah sunat hukumnya. ü Menyahut jemputan itu adalah wajib selagi majlis itu tidak mengandungi undur-unsur yang bertentangan dengan aqidah, syarak dan akhlak. ü Nyanyian dan pancaragam semasa berwalimah. ü Bergendang dan rebana. ü Berinai untuk mengantin perempuan. |
WALIMATUL URUS
ü Tujuan adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakkan fitnah. ü Adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang , mandi limau, menyambut menantu , cukai pintu dan makan beradab. ü Pada zaman sekarang, beberapa bentuk hiburan yang moden dipersembahkan seperti nyanyian karaoke dan ditambah dengan celoteh deejay yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis perkahwinan. |
