SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ~ اهلا وسهلا ~

Ilmu adalah yang memberikan manfaat, bukan yang sekadar hanya dihafal. – Imam Syafi’e

Sunday, April 19, 2020

MUAMALAT DALAM ISLAM




Definisi : Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.



Firman Allah S.W.T :

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk Ayat 15)




Berikut merupakan jenis-jenis muamalat dalam Islam






Grafik di bawah menunjukkan tujuan muamalat dijalankan.





Terdapat banyak fadhilat muamalat dalam Islam, antaranya ialah ;



.

MUNAKAHAT DALAM ISLAM




Definisi : Satu ikatan zahir dan batin antara seorang lelaki dan seorang perempuan dalam sebuah rumah tangga buat selamanya-lamanya untuk menyempurnakan keperluan rohani dan jasmani mereka yang berasaskan pergaulan yang baik dan niat yang suci serta ikhlas seperti yang ditetapkan oleh akidah, syarak dan akhlak.



Firman Allah S.W.T:

  ۚ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبا

Maksudnya : Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

(Surah an-nisa Ayat 1)




HUKUM PERKAWINAN DALAM ISLAM



RUKUN NIKAH MEMPUNYAI 5 CIRI SEPERTI DI ATAS 



                  TANGGUNGJAWAB SUAMI, ISTERI DAN SUAMI&ISTERI



     HIKMAH MUNAKAHAT         

VIDEO

Berikut merupakan video tentang perbezaan antara sistem muamalat dan munakahat Islam dengan sistem konvensional. Selamat menonton 😘





PERBEZAAN SISTEM MUAMALAT DAN SISTEM MUNAKAHAT ISLAM DENGAN SISTEM KONVENSIONAL.






PERBEZAAN SISTEM MUAMALAT ISLAM DENGAN KONVENSIONAL


SISTEM ISLAM


SISTEM KONVENSIONAL

Tujuan kerana Allah SWT iaitu konsep ta’awwun.



Tujuan utama ialah mengejar keuntungan iaitu kapitalis dan sosial.


Tiada unsur riba dan penindasan
.

Berasaskan sistem riba dan penindasan.

Berpandukan syariat Islam dalam semua urusan.


Mengabaikan tanggungjawab sosial.

Harta sebagai sarana untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Pengumpulan harta adalah matlamat hidup.


Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan para ulama’.


Aspek asas adalah berdasarkan keuntungan.


Penggunaan riba di mana riba sebagai keuntungan kepada modal asal wang tidak dibenarkan sama sekali (perbankan tanpa faedah)


Bersumberkan kepada sistem ekonomi riba.

Sistem perbankan Islam adalah pengguna sebenar tabungan.


(pencipta terbilang) iaitu penawaran wang ataupun erti kata lain, pencipta utama tekanan inflasi.


Konsep jual beli dalam mendapatkan keuntungan.


Konsep pinjaman atau hutang secara konvensional dalam menjalankan perniagaan mereka.








PERBEZAAN SISTEM MUNAKAHAT ISLAM BERBANDING KONVENSIONAL


ISLAM

KONVENSIONAL


MERISIK                                                

ü  Wanita itu bebas dari sebarang halangan yang  boleh menyekatnya dari berlakunya perkahwinan ketika dipinang.

ü  Hukum syariat islam: berharta , keturunan yang baik, mempunyai paras rupa yang baik , beragama
  

MERISIK

ü  Pantun untuk merisik mula diperdengarkan oleh wakil dari pihak lelaki.

ü  Pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan.

ü  Jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.


MEMINANG

ü  Islam mengharuskan dua acara peminangan iaitu sama ada menghantar wakil atau meminang sendiri.

ü  Peminangan dalam islam adalah merupakan satu adat untuk mencari dan mendapat persetujuan seorang wanita untuk dikahwini.


  

MEMINANG

ü  Penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya   akan dilakukan melalui upacara bertunang.

ü  Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebntuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian.

ü  Selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan dan paling utama dan dianggap sacral, sirih junjung.

ü  Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang.

ü  Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oelh ibu/saudara pihak lelaki.

ü  Maka, pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran ntuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu.


AKAD NIKAH

ü  Menepati rukun nikah berdasarkan Syariah Islam:

1)       Calon suami
2)       Calon isteri
3)       Wali
4)       Dua orang saksi
5)       Lafaz ijab dan                 Kabul 
           

ü  Islam mewajibkan pembayaran mas kahwin dari bakal suami kepada bakal isteri.

ü  Mas kahwin yang diwajibkan itu tidak terbatas nilainya mengikut kemampuan dan kadar bayaran mas kahwin di seluruh negeri di Malaysia.



AKAD NIKAH

ü  Majlis ini kebiasannya akan dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan.

ü  Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.

ü  Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.

ü  Ijab dan Kabul berlangsung.

ü  Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air solat.


MAJLIS PERSANDINGAN

ü  Harus jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup ( di hadapan keluarga terdekat/mahram )

ü  Menjadi haram kerana mendedahkan wanita itu kepada orang ramai seakan-akan pertunjukan dan pemeragaannya yang ternyata bertentangan dengan Islam (bersolek).

ü  Persandingan lazimnya melibatkan perbelanjaan besar yang sudah pasti berupa pembaziran yang dilarang oleh Allah juga.
      
MAJLIS PERSANDINGAN

ü  Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding.

ü  Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli iaitu bertengkolok,berbengkokdan berkeris akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki.

ü  Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit.

ü  Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah.

ü  Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari.

ü  Setelah itu majlis diteruskan dengan adat merenjis atau menepung tawar pengantin.

ü  Setelah selesai merenjis pengantin, perenjis akan diberi bunga telur sebagai penghargaan terima kasih.


WALIMATUL URUS

ü  Mengadakan upacara walimatul urus secara sederhana.

ü  Menjemput tetamu ke majlis walimah itu adalah sunat hukumnya. 

ü  Menyahut jemputan itu adalah wajib selagi majlis itu tidak mengandungi undur-unsur yang bertentangan dengan aqidah, syarak dan akhlak.

ü  Nyanyian dan pancaragam semasa berwalimah.

ü  Bergendang dan rebana.

ü  Berinai untuk mengantin perempuan.


WALIMATUL URUS

ü  Tujuan adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakkan fitnah.

ü  Adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang , mandi limau, menyambut menantu , cukai pintu dan makan beradab.

ü  Pada zaman sekarang, beberapa bentuk hiburan yang moden dipersembahkan seperti nyanyian karaoke dan ditambah dengan celoteh deejay yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis perkahwinan.

KUIZ


Sudah baca semua nota dalam blog ini ? Mari uji minda anda semula dengan menjawab kuiz di bawah ! Sila 'click' pada link yang tertera di bawah : ↓






RUJUKAN



Ab.Latif Muda & Rosmawati Ali(2015). Pengantar Fiqh. 
           Batu Caves: Pustaka Salam Sdn.Bhd

al-Quran al-Karim


Ku Muhammad Asmadi Ku Mohd Saad & Nur Aida      
        Muhammad (2017). Pendidikan Islam Teras. Batu      
        Caves: Pustaka Al-Ehsan


Mustafa Dieb Al-Bigha (2016). Fiqh Islam Mazhab 
       Syafie. Batu Caves: Al-Hidayah Publication 

MUAMALAT DALAM ISLAM

Definisi : Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup se...